Pusat Kokurikulum Kulim dibuka pada tahun tahun 2007 di tapak rumah guru SMK Padang Serai yang tidak lagi digunakan. Penolong PPD(HEM) En Abdul Rashid bin Abd Rahman dan beberapa pegawai PPD seperti En Mohd Husni bin Abd Wahab dan Tn Hj Morad bin Yaacob ketika itu bersama pihak Maj.Perbandaran Kulim, JKR, Pejabat Daerah Kulim ,Jurulatih KRS Kulim dan peserta pelajar seramai 50 orang telah berkampung selama 2 hari untuk tugas pembersihan dan program gotong royong pembukaan pusat ko dijalankan secara besar besaran.
Pihak PPDKBB dengan keperihatinan Penolong PPD(HEM) juga telah mendapat kerjasama dari pihak Pejabat Daerah Kulim dan JKR di dalam kerja-kerja mengubah suai kuaters guru, menurap dataran tar, membina pagar, mengecat dan kerja-kerja paip serta beberapa kemudahan lain seperti dewan terbuka dan tandas.
Bermula dari tarikh pembukaan pada tahun 2007 program kursus unit beruniform, kursus kenaikan pangkat,kursus motivasi dan lain-lain aktiviti outdoor telah dijalankan di PKDKBB. En Mohd Rodzi bin Mat Isa (9W2DZE /PKKJZE) merupakan penyelaras pertama PKDKBB bermula tahun 2007 hingga 2009 sebelum dilantik sebagai Penolong PPD(KGSK). Pada 16 Okt 2010 pihak JPN dengan persetujuan PPDKBB dan PKK telah melantik En Muhd Sayuty Awang (9W2SUP /PKKJUP) sebagai Pegawai Penyelaras PKDKBB secara pentadbiran dan 2 orang pekerja PRA . Jurulatih PKK sambilan yang terdiri daripada guru-guru daerah Kulim seramai 28 orang. Pada 01 November 2013 sekali lagi penyelaras Pusat Kokurikulum Daerah KBB berubah pentadbiran, pihak PPDKBB dan PKN Kedah bersetuju melantik En Sirajudin Ishak (9W2XRC/ PKKJRC) sebagai penyelaras PKD menggantikan En Muhd Sayuty Awang yang bertukar ke PPDKBB sebagai Pen. PPD KGSK/GSTT/GG. Pihak PPDKBB dan PKK telah merancang dan berusaha memperkasakan PKDKBB dari masa ke semasa agar kemudahan fasiliti dan latihan dapat dinikmati semua pelajar daerah KBB.