(PKD KBB)
PERATURAN PENGGUNAAN PUSAT KOKURIKULUM DAERAH KULIM BANDAR BAHARU (PKD KBB)
A. PERATURAN AM
1. Penggunaan Pusat Kokurikulum Daerah Kulim Bandar Baharu (PKD KBB) mestilah mendapat kelulusan dari Penyelia Kokurikulum/ Penolong PPD (HEM), Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu sekurang-kurangnya 2 (dua) minggu sebelum tarikh penggunaan.
2. Berjumpa dan berbincang dengan Pegawai Penyelaras PKD KBB (sekurang-kurangnya 1 (satu) minggu sebelum tarikh penggunaan) tentang tatacara penggunaan PKD KBB, alatan aktiviti, makan dan minum peserta serta lain-lain keperluan yang difikirkan perlu. ( Pegawai Penyelaras PKD KBB bertugas pada setiap hari Ahad dan Khamis).
3. Tidak membawa masuk ke kawasan PKD KBB sebarang alatan atau bahan yang ditegah oleh undang-undang sekolah dan undang-undang negara Malaysia. Pihak PKD KBB dan PPD KBB tidak bertanggungjawab diatas kehilangan barang-barang persendirian yang dibawa.
4. Kawalan disiplin peserta/ penghuni dikawal selia oleh guru pengiring/ guru kontinjen / pegawai yang dipertanggungjawabkan.
5. Peserta ditegah melakukan aktiviti yang tidak terdapat dalam jadual aktiviti atau melakukan aktiviti yang tidak mengikut jadual aktiviti.
6. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat di dalam tapak perkhemahan.
7. Menggunakan kemudahan air dan elektrik secara berhemah. ( Memastikan peserta tidak masuk mandi didalam kolah takungan air).
8. Menjaga kebersihan di kawasan penginapan / kawasan perkhemahan / kawasan aktiviti.
9. Sampah ( sisa makanan, plastik, botol air, bekas makanan polistrin, pakaian basahan, selipar, kasut, tuala wanita, bahan sisa aktiviti ) dibawa keluar dari kawasan PKD KBB setelah selesai sesuatu program.
10. Sekiranya menggunakan alatan yang dipinjam dari PKD KBB, alatan tersebut hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik.
11. Pegawai yang dipertanggungjawab hendaklah melengkapkan data penggunaan didalam buku “Laporan Komandan Program”.
B. PERATURAN PENGGUNAAN KHEMAH
1. Pastikan bahagian-bahagian khemah mencukupi / lengkap sebelum mendirikan khemah.
2. Tidak dibenarkan menyimpan makanan di dalam khemah.
3. Tidak dibenarkan makan di dalam khemah.
4. Tidak dibenarkan menyalakan lilin, lingkaran nyamuk, lampu gas atau sebarang bahan bakar didalam khemah.
5. Pakaian/ pakaian basah/kain basah tidak dibenarkan disimpan atau disidai didalam khemah atau di atas khemah.
6. Kasut dan stoking perlu diletakkan diluar atau bawah khemah.
7. Sebelum meninggalkan khemah, pastikan pintu khemah ditutup.
C. KESELAMATAN
1. Keselamatan kawasan perkhemahan adalah tanggungjawab semua.
2. Tidak membuat penyambungan elektrik tanpa kebenaran Pegawai Penyelaras PKD KBB.
3. Peserta lelaki dilarang memasuki kawasan penginapan/ perkhemahan peserta perempuan dan sebaliknya.
4. Tidak dibenarkan berinteraksi/ membawa masuk orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur/ pengelola program.
5. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah dibawah penyeliaan dan pengawasan pihak yang bertanggungjawab.
0 comments:
Post a Comment